Thursday, March 18, 2010

Jika.... Ong Ka Ting menjadi Presiden MCA

Mari kita fikir-fikirkan.... 

Matlamat rakyat
- Apakah OKT akan menjadi pemimpin sebenar yang dapat melaungkan "rakyat didahulukan!"? Atau "keluarga didahulukan" - atas perbuatan beliau yang melantik abang menjadi setiausaha agung dan menteri. 
- Seorang pemimpin yang berkaliber akan meninggalkan sesuatu organisasi dalam tangan yang baik dan memastikan organisasi itu beroperasi secara lancar sebelum bersara... tetapi OKT terpaksa kembali selepas persaaan dengan moto "Selamatkan MCA!" (lihatlah! tanpa saya, MCA tenggelam.... jangan risau, saya akan kembali) 

Matlamat BN
- Adakah BN akan memenangi kerusi-kerusi yang telah jatuh ke tangan PR? OKT adalah Presiden MCA yang memegang tanggungjawab semasa pilihanraya 8 Mac.... mungkin kali ini beliau telah mempelajari sesuatu yang penting untuk kembali menjadi Presiden.... 
- Seorang yang disambut baik oleh UMNO dan sentiasa mengadakan perbincangan pintu tertutup.... "keluarga didahulukan..." abang (UMNO) adik (MCA) harus berbincang dengan cara tertutup.... 
- OKT juga dilihat sebagai seorang yang cukup mendengar kata-kata abang dan dapat berkerjasama secara erat dengan BN

Matlamat bangsa
- Kebanyakan rakyat Cina tidak memandang tinggi parti MCA dan harus mempunyai seorang yang cukup lantang bersuara untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap relevensi MCA
- Rakyat Cina masih berfikir bahawa mereka memerlukan satu suara yang lantang dan yang dapat menegakkan keadilan serta mengekalkan hak mereka di negara ini - adakah MCA dan Gerakan (dalam BN) masih releven? 

--------------------------

Insider MCA ingin menerima pendapat dan pandangan pelbagai pihak.... dan dari pelbagai sudut... 

No comments:

Post a Comment