Friday, March 19, 2010

Sembang Kopitiam: (Bahagian 2) Presiden mana yang patut dipilih?


Semua sembang kopitiam sahaja... kenyataan di bawah mungkin ada atau tiada kebenaran dan hanya digosipkan melalui sembang-sembang sahaja...

 

Lagi satu faktor menjadi Presiden.... mudah dicapai! Orang lama MCA tidak mahu Presiden yang duduk di opis... dengan air-cond dan kerusi besar... Orang MCA mahu Presiden yang turun padang, makan char kuey teow tepi jalan (bukan hotel 5 bintang) atau beli sayur di pasar (bukan dari hypermarket).. 

Gambar-gambar di atas merupakan gambar profil Facebook OTK, OKT dan CSL. Jika dilihat - sudah pasti orang muda dan rakyat peringkat akar umbi akan memilih OTK sebagai seorang pemimpin yang dekat pada rakyat. OKT masih mengekalkan imej beliau yang berpakaian rasmi dengan tali leher dan kot. CSL pula boleh diterima rakyat dengan gambar profil yang cukup relaks. 

Laman Facebook merupakan laman sosial dan kebanyakan ahli dalam Facebook adalah yang muda dan berpendapatan sederhana ke atas. Jika menggunakan laman LinkedIn, sudah pasti satu imej profesional dan berpakaian rasmi harus digunakan kerana laman LinkedIn itu adalah laman untuk yang profesional dan berpendapatan tinggi ke atas. 

Semasa kempen pilihanraya umum dan pilihanraya parti juga OTK dilihat sebagai calon yang berminda muda, berani dan dinamik dengan pengikutnya berbaju oren. Oren merupakan warna dinamik - namun beliau ditegur oleh pemikir kolot bahawa warna itu tidak serasi dan tidak berjiwa BN. Saudara Ong Tee Keat, warna BN ialah biru gelap! 

Orang lama MCA masih menyokong Chua Soi Lek dan Ong Ka Ting yang sentiasa berpakaian sederhana, mudah didampingi rakyat. Manakala OTK sentiasa berbaju batik dan rasmi. 

Semasa menulis blog ini, berikut adalah data yang didapati dari Facebook.

OTK
Jumlah Rakan: 4,503 orang
Aktiviti Dinding: Setiap Hari
Laman Peminat: Ada - tidak diketahui samada dimiliki dan diuruskan oleh beliau (3,567 peminat)


OKT
Jumlah Rakan: tidak diketahui
Aktiviti Dinding: Tiada
Laman Peminat: Tiada


CSL
Jumlah Rakan: 1,242 orang
Aktiviti Dinding: Tertutup
Laman Peminat: Ada - tidak diketahui samada dimiliki dan diuruskan oleh beliau (316 peminat)

Menarik sekali apabila melihat kejayaan dan kemenangan Obama menjadi Presiden Amerika pertama yang bukan orang putih. Beliau memberi kredit kepada Facebook, Twitter dan laman-laman sosial yang merupakan satu jentera pilihanraya beliau - beliau juga bersetuju bahawa penggunaan laman-laman ini menjimatkan kos dan amat efektif dalam mendekati jiwa rakyat, memahami masalah mereka dan mudah beroperasi melalui Internet. 

Kalau dilihat yang aktif menggunakan sesawang Facebook dan blog - ada ramai dari kem Pakatan Rakyat. Maklumlah, PR tiada modal dan laman-laman web ini mudah dikendalikan. Mungkin OTK juga kehabisan modal, kot? Maklumlah, beliau dikatakan bersih berkilat - mana ada modal untuk menyuapkan wang ke mulut para perwakilan?

Perdana Menteri juga telah mula menggunakan Internet dengan laman 1Malaysia pelbagai bahasa, Facebook dan twitter. Dukacitanya, penggunaan jentera-jentera yang sepatutnya interaktif ini kelihatan seperti interaksi SATU HALA sahaja. Adakah Perdana Menteri mengambil kira beribu-ribu komen, beribu-ribu Retweet, dan beribu-ribu coretan Dinding Facebook beliau. Semasa menaip blog ini, @NajibRazak mempunyai 12,663 pengikut tetapi beliau hanya mengikut 25 akaun Twitter yang lain sahaja. Sejauh mana laman-laman ini dapat digunakan untuk mengutarakan suara rakyat? 

OTK, fikir-fikirkanlah...... 

Orang lama MCA berkata... tidak kiralah Presiden MCA ini berkicau (tweet) atau tidak, mempunyai Facebook atau tidak, asalkan dapat mengutarakan suara bangsa Cina ke Parlimen. Maklumlah, orang lama.... orang tua - mereka juga tiada facebook dan twitter, malah apa itu Internet pun masih bingung! 

Orang muda MCA berkata.... kekadang Presiden-presiden ini memang sibuk belaka. Mudah jika dapat dicapai melalui Internet - capaian jalur lebar (lebar ke sempit entah!) semakin meluas sekarang... Jadi akaun-akaun Facebook menjadi pita ukur. 

Panjanglah sedikit pita ukur OTK, ye? 

Insider MCA turut saksikan... 

1 comment:

  1. "Stupid la you!" exclaimed one MCA elder... Ong Ka Ting already controlled all the Chinese media, Ong Tee Keat sure to use alternate channels to "market" his candidacy for President la!

    ReplyDelete