Thursday, March 18, 2010

Soi Lek bakal umum 'sesuatu'?


Soi Lek bakal umum 'sesuatu'?


Chua Soi Lek pada sidang akhbar di Alor Setar, Kedah, semalam.- UTUSAN/Halim Khalid




ALOR SETAR 17 Mac - Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dijangka bakal mengumumkan 'sesuatu' di Kuala Lumpur, Ahad ini.
Sumber MCA di peringkat negeri Kedah memberitahu, perkara itu dijangka melibatkan keputusan sama ada beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden MCA atau tidak.
"Tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
"Namun saya pasti isi kandungan pengumuman tersebut adalah mengenai keputusan untuk bertanding kerusi Presiden atau tidak," katanya di sini hari ini.
Semalam, Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting mengumumkan akan bertanding merebut jawatan presiden parti itu pada pemilihan baru parti pada 28 Mac ini.
Pengumuman tersebut sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa beliau akan menentang penyandang jawatan itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Kemelut MCA berlarutan apabila mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu Oktober tahun lalu meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Tee Keat dan timbalannya, Soi Lek yang dipecat daripada jawatan tersebut.
Ekoran itu, Naib Presidennya, Tiong Lai dilantik Timbalan Presiden, bagaimanapun selepas itu Soi Lek disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih memegang jawatan tersebut.
Pada hujung tahun lalu Tiong Lai dan beberapa ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang menyokongnya meletak jawatan diikuti tindakan sama oleh Soi Lek serta tujuh ahli CC yang menyokongnya berkuat kuasa 4 Mac lalu bagi membolehkan pemilihan baru parti diadakan bagi menyelesaikan kemelut itu.
Berikutan itu, Tee Keat mengumumkan akan mempertahankan jawatan presiden manakala lapan bahagian MCA Johor mencalonkan Ka Ting untuk jawatan itu.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
----------------------------------------------------------------------------
Fikir-fikirkanlah.....

OTK bertanding sebab masih banyak kerja belum beres.....

OKT kembali bertanding kerana ingin "menyelamatkan" parti....

CSL pula bertanding atas dasar dan sebab apa? Dah lah sendiri sudah umumkan bahawa diri beliau sukar berkerjasama dengan Presiden parti.....

Itulah.... Insider MCA sudah berkata dalam bahasa Inggeris awal-awal lagi - seorang pemimpin yang baik dan setia harus terlebih dahulu tahu menjadi pengikut yang baik dan setia....

No comments:

Post a Comment