Thursday, March 18, 2010

Sembang Kopitiam: (Bahagian 1) Presiden mana yang patut dipilih?

Semua sembang kopitiam sahaja... kenyataan di bawah mungkin ada atau tiada kebenaran dan hanya digosipkan melalui sembang-sembang sahaja...


Sudahlah..... baru kelmarin ada yang menerima sms bahawa Ong Ka Ting bertanding Presiden MCA atas tiket restu Perdana Menteri..... walaupun OKT telah nafikan apa-apa penglibatan dalam perkara ini, dalam minda warga MCA, beliaulah yang paling "kamching" (amat akrab) dengan UMNO sekarang.... 


Satu faktor penting dalam menilai kelayakan menjadi Presiden adalah keakraban MCA dengan UMNO melalui kedua-dua Presiden parti tersebut. 


Pada mulanya, perwakilan MCA memilih Ong Tee Keat atas sebab beliau lantang bersuara dan cukup berani mengutarakan pendapat dan masalah orang Cina, lebih-lebih lagi beliau dilihat sebagai seorang yang bersih berkilat. Pada masa itu, Ong Ka Ting dilihat sebagai lembab dan kenyataan "perbincangan pintu tertutup" tidak lagi menjadi popular.... Oleh itu, Ong Tee Keat amat diperlukan. Namun, keberanian yang terlampau dan ura-ura ghairah menjadi Menteri Pengangkutan, beliau tersasul dengan "tell-all" (beritahu semua!) tentang PKFZ yang memijak terlalu banyak kaki yang tidak harus dipijak. Kalaulah boleh dilakukan secara "pintu tertutup", kan baik? 


Kini, perwakilan MCA merasakan mereka memerlukan seorang yang cukup berani tetapi tidak perlu terlalu berani. Pada masa itu, pergolakan dengan Chua Soi Lek, CSL la yang dilihat sesuai juga mengambil tempat ini. Maka, dalam EGM ditariklah pergantungan CSL.... Menarik sekali ROS turut meyatakan beliau adalah Timbalan Presiden yang sah. Namun, skandal seks beliau masih bermainan di kepala ramai ketua pemimpin UMNO. PAS juga memerhati - dan akan timbul kontroversi dan dikatakan BN habis modal sehinggakan diva seks boleh menjadi Presiden parti komponen BN. 


Siapalah lagi yang boleh berkerjasama dengan UMNO? Kembalilah bekas Presiden MCA untuk tujuan ini..... 


Pada pendapat orang lama MCA, jika UMNO benar-benar melaungkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... haruslah dilihat Ong Tee Keat menjadi tiket untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Jika mahukan jalan pintas untuk menyelesaikan masalah? Ong Ka Ting jawapannya. 


Orang lama berkata.... PM melaung-laungkan tentang kepercayaan, "accountability", bebas rasuah. Sejauh manakah laungan ini disimpan dalam hati atau mainan mulut sahaja? Jika PM benar-benar mahukan negara yang bersih daripada rasuah, sudah tentu harus membantu Ong Tee Keat menyelesaikan dan mendedahkan skandal PKFZ. Tidak kiralah siapa-siapa jadi mangsa nanti - boleh dibereskan, bukan? Cuma, rakyat Malaysia tidak akan percaya yang skandal 12b itu dikepalai oleh 4 ikan bilis kecil... carilah ikan besar sedikit seperti RB!


Ha... kalau begitu, barulah rakyat boleh percaya sedikit. Cayalah Najib pasal anti rasuah. Cayalah Ong Tee Keat - telus dan berani... Cayalah orang Cina terhadap MCA, cayalah juga terhadap BN. Cayalah nanti pilihanraya akan menang besar dalam tangan BN. Caya sama lu la!!


Sekarang tidak, PKFZ ditutup, Ong Tee Keat berkata bahawa tidak dapat didedahkan kerana nyawa beliau berada dalam bahaya, PM tidak pernah membantu bersuara atau mengutarakan apa-apa pandangan, 108 soalan Lim Kit Siang (klik sini) tak pernah terjawab. Manalah orang Cina nak percaya MCA, nak caya sama PM, nak caya sama 1Malaysia? Puui... tambah seorang lagi orang lama MCA...


Orang lama kini sedang memerhati.... Ong Ka Ting menjadi Presiden - itulah episod terakhir bangsa Cina - bangsa yang sentiasa menjadi pengikut, bangsa yang sentiasa tunduk pada Abang Besar UMNO dan bangsa yang tiada pendirian. 


Orang lama juga sedang memerhati - Ong Tee Keat menjadi Presiden - dapatlah diselamatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Cina sedikit tetapi mampukah beliau menerajui parti politik Cina itu... 


Insider MCA saksikan bersama.... 



2 comments:

  1. I found this blog which I like to share.... about UMNO wants Ong Tee Keat out. So, the votes really lie on the hands of MCA central delegates.

    http://ktemoc.blogspot.com/2009/08/umno-prefers-ong-tee-keat-out.html

    ReplyDelete
  2. UMNO mesti pilih satu anjing.

    Keutamanya, anjing berlari, aka running dog, untuk MCA.

    ReplyDelete