Showing posts with label news-utusan. Show all posts
Showing posts with label news-utusan. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Pengumuman tepat pada masanya


Pengumuman tepat pada masanya

IPOH 17 Mac - Pengumuman Tan Sri Ong Ka Ting untuk bertanding jawatan Presiden MCA pada pemilihan baru parti itu diibaratkan tepat pada masanya.
Malah tindakan bekas Presiden MCA tersebut sememangnya dinanti-nantikan oleh beberapa bahagian parti itu yang sudah bosan dengan pergeseran dan masalah dalaman.
Ketua MCA Bahagian Kuala Kangsar, Ng Kean Sean berkata, tindakan Ka Ting itu boleh menjadi penyelamat kepada MCA yang kini sedang 'lemas' kerana mempunyai dua pemimpin yang tidak sehaluan.
"Semasa beliau (Ka Ting) menjadi Presiden MCA dulu, semuanya baik-baik sahaja berbanding sekarang ini yang terlalu kelam-kabut. Orang nombor satu dan nombor dua parti tidak boleh duduk bersama untuk kepentingan masyarakat Cina.
"Hanya pemimpin yang berpengalaman sahaja yang mampu menyatukan kembali semua masyarakat Cina. Dalam situasi ini, Tan Sri (Ong Ka Ting) adalah calon yang paling layak kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat Cina.
"Malah, beliau (Ka Ting) juga baik dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Ka Ting yang mengumumkan bertanding jawatan presiden pada pemilihan baru MCA pada 28 Mac ini menentang penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Menurut Kean Sean, sebagai seorang pemimpin yang berkecuali, Ka Ting diyakini mampu menyatupadukan semua kumpulan sebelum menjelang pemilihan parti dan pilihan raya umum akan datang.
"Kita menyokong penuh hasrat beliau (Ka Ting) untuk bertanding merebut jawatan tersebut kerana beliau seorang yang berpengalaman dan sangat berwibawa sebagai pemimpin.
Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Sungai Siput, Simon Shien yakin Ka Ting mampu menjadi penyatu kepada masyarakat Cina kerana sifat peribadi bekas Presiden MCA itu yang sangat mesra rakyat.
Justeru, beliau yakin Ka Ting boleh menyaingi Tee Keat pada pertandingan tersebut dan kembali memimpin parti.
"MCA Bahagian Sungai Siput menyokong Tan Sri (Ong Ka Ting) kerana beliau seorang pemimpin yang bagus. Kami yakin 65 peratus beliau boleh menang kerana pernah menerajui parti," katanya.
Timbalan Ketua MCA Bahagian Batu Gajah, Datuk Lee Kon Yin pula berkata, Ka Ting memang dikenali sebagai pemimpin yang berkelayakan dan mampu mengumpulkan mana-mana pihak untuk bersatu.
Katanya, Ka Ting juga dikenali sebagai seorang pemimpin jujur, ikhlas dan berwibawa kerana semasa menjadi Presiden MCA , tiada pergolakan dalaman berlaku.
"Saya kenal beliau (Ka Ting) sejak tahun 80-an lagi. Memang dia yang paling layak menjadi pemimpin MCA.
"Beliau sendiri mempunyai keyakinan untuk memimpin. Jika beliau tidak ada keyakinan, beliau tidak akan bertanding," katanya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik
---------------------------------------------------
Sembang kopitiam......

Mudah sahaja kembali bertanding - jika menang, bonus juga. Jika kalah, ramai akan memuji keberanian beliau melakar sejarah menjadi pemimpin pertama yang kembali selepas persaraan untuk bertanding demi menyelamatkan parti - tanpa mengira menang kalah. 

Sejarah MCA menyatakan selama ini hanya 2 calon sahaja yang bertanding Presiden. Sejurus selepas OTK mengumumkan keputusan beliau untuk bertanding, OKT memberikan pengumuman yang sama selang beberapa hari sahaja - cukup untuk menggambarkan media dan orang parti yang meminta beliau kembali. Sembang kopitiam - dipercayai beliau kembali untuk memutuskan nafas riwayat politik CSL..... fikir-fikirkanlah.... 

Pemimpin MCA negeri sambut baik


Pemimpin MCA negeri sambut baik

MELAKA 17 Mac - Pemimpin MCA negeri hari ini menyambut baik keputusan Tan Sri Ong Ka Ting menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti itu 28 Mac ini.
Naib Pengerusi MCA negeri, Datuk Lai Meng Chong berkata, sebagai ahli dalam parti yang mengamalkan demokrasi, bekas Presiden MCA itu berhak berbuat demikian.
''Saya amat berharap pertandingan merebut jawatan tertinggi parti ini berlangsung dalam suasana harmoni dan tidak berlaku sebarang perpecahan yang akan meneruskan kemelut yang berlaku sekarang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Ka Ting apabila semalam beliau mengumumkan akan menentang penyandang jawatan itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Sehubungan itu, Meng Chong yang juga Timbalan MCA Bahagian Alor Gajah meminta seluruh ahli parti di negeri ini membuat keputusan yang bijak untuk memilih Presiden parti itu nanti.
Bagi seorang lagi Naib Pengerusi MCA negeri, Datuk Seet Har Cheow pula berkata, beliau menyambut baik keputusan Ka Ting menawarkan diri bertanding jawatan tersebut sekali gus menentang Tee Keat.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm


------------------------------------------------------------------------------------
Fikir-fikirkanlah..... (semua borak kopitiam sahaja berikutnya:) 

Mentang mentang nak menentang OTK.... padahal memang satu taktik yang bijak untuk membunuh riwayat politik CSL! 

Fikir-fikirkanlah.... dahulunya CSL mempunyai keyakinan tinggi bahawa isu video seks beliau dirancang oleh pemimpin tertinggi MCA - siapalah lagi? 

Tanpa disangka, CSL kembali semula. EGM dan ROS pula telah menentukan beliau sebagai Timbalan Presiden, ditambah menang pula dari tangan abang bekas pemimpin tertinggi. OTK pula digunakan untuk membunuh riwayat CSL namun OTK bukanlah seorang yang mudah dipergunakan. Kini, kembalilah bekas pemimpin tertinggi ini untuk bertanding...

Fikir-fikirkanlah..... OKT kembali bertanding atas panggilan Lim Ah Lek - yang mana OTK memang sama kem. OKT orang kem Ling.... Kembalinya OKT adalah serampang dua mata - membantu OTK (kemudiannya dilihat begitu "hero" yang kembali menyelamatkan parti tetapi akhirnya mengambil segala "malu" apabila kalah nanti....), dan seterusnya membunuh nadi politik CSL. CSL cuma mempunyai peluang terbaik kali ini sahaja kerana umur tidak membenarkan beliau untuk lama berpolitik. 

Jika Insider MCA mengambil semua sembang kopitiam ini dan dikumpulkan bersama - jawatan Presiden sudah tentu dijawat oleh OTK. Fikir-fikirkanlah...... 

Soi Lek bakal umum 'sesuatu'?


Soi Lek bakal umum 'sesuatu'?


Chua Soi Lek pada sidang akhbar di Alor Setar, Kedah, semalam.- UTUSAN/Halim Khalid




ALOR SETAR 17 Mac - Bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dijangka bakal mengumumkan 'sesuatu' di Kuala Lumpur, Ahad ini.
Sumber MCA di peringkat negeri Kedah memberitahu, perkara itu dijangka melibatkan keputusan sama ada beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Presiden MCA atau tidak.
"Tunggu sahaja pengumuman yang akan dibuat di Kuala Lumpur tidak lama lagi.
"Namun saya pasti isi kandungan pengumuman tersebut adalah mengenai keputusan untuk bertanding kerusi Presiden atau tidak," katanya di sini hari ini.
Semalam, Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting mengumumkan akan bertanding merebut jawatan presiden parti itu pada pemilihan baru parti pada 28 Mac ini.
Pengumuman tersebut sekali gus mengesahkan spekulasi bahawa beliau akan menentang penyandang jawatan itu, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Kemelut MCA berlarutan apabila mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu Oktober tahun lalu meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Tee Keat dan timbalannya, Soi Lek yang dipecat daripada jawatan tersebut.
Ekoran itu, Naib Presidennya, Tiong Lai dilantik Timbalan Presiden, bagaimanapun selepas itu Soi Lek disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih memegang jawatan tersebut.
Pada hujung tahun lalu Tiong Lai dan beberapa ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA yang menyokongnya meletak jawatan diikuti tindakan sama oleh Soi Lek serta tujuh ahli CC yang menyokongnya berkuat kuasa 4 Mac lalu bagi membolehkan pemilihan baru parti diadakan bagi menyelesaikan kemelut itu.
Berikutan itu, Tee Keat mengumumkan akan mempertahankan jawatan presiden manakala lapan bahagian MCA Johor mencalonkan Ka Ting untuk jawatan itu.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
----------------------------------------------------------------------------
Fikir-fikirkanlah.....

OTK bertanding sebab masih banyak kerja belum beres.....

OKT kembali bertanding kerana ingin "menyelamatkan" parti....

CSL pula bertanding atas dasar dan sebab apa? Dah lah sendiri sudah umumkan bahawa diri beliau sukar berkerjasama dengan Presiden parti.....

Itulah.... Insider MCA sudah berkata dalam bahasa Inggeris awal-awal lagi - seorang pemimpin yang baik dan setia harus terlebih dahulu tahu menjadi pengikut yang baik dan setia....

Ka Ting nafi terlibat


Ka Ting nafi terlibat

KUALA LUMPUR 17 Mac - Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting menafikan terlibat dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa beliau direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merebut jawatan presiden pada pemilihan parti 28 Mac ini.
Malah, Ahli Parlimen Kulai itu turut membuat andaian terdapat agenda tersembunyi di sebalik penyebaran SMS itu dan ia berniat jahat untuk menjatuhkan imejnya.
Beliau berpendirian nama Perdana Menteri dan Timbalannya, tidak patut dilibatkan dalam pemilihan parti kerana kedua-duanya tidak pernah campur tangan mengenai hal dalaman MCA sebelum ini.
"Saya tidak tahu SMS itu datangnya dari siapa, namun apa yang pasti ia bukan dari saya.
"SMS yang melibatkan Perdana Menteri dan timbalannya ini adalah bermotif buruk dan mempunyai agenda tersembunyi" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan bekas Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai penyebaran SMS itu di Alor Setar, Kedah hari ini.
SMS tersebut dikatakan mula disebarkan selepas Ka Ting membuat pengumuman untuk bertanding merebut jawatan presiden parti itu semalam.
Soi Lek yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab selain mencemar nama Perdana Menteri dan timbalannya, turut menggesa Ka Ting yang juga bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat penafian secara terbuka berhubung SMS tersebut.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
----------------------------------------------------------
Fikir-fikirkan.....

Soalnya... SIAPA yang terlibat? 

Saturday, March 13, 2010

Tee Keat pertahan jawatan Presiden MCA

KUALA LUMPUR 13 Mac - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini secara rasmi mengumumkan keputusan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 28 Mac ini.

Dalam satu sidang akhbar yang dipenuhi petugas media di Wisma MCA di sini, beliau menjelaskan keputusan itu adalah bagi meneruskan pelan transformasi serta perpaduan parti yang telah diusahakannya selama ini.

''Seperti kata pepatah (Inggeris), perkara yang tidak mampu menewaskan seseorang individu akan hanya membuatkan individu itu lebih kuat.

''Banyak lagi kerja yang belum dibereskan dan pasukan saya akan terus mara dalam perjuangan ini.

''Dengan ini, saya mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden MCA demi rakyat dan parti," katanya dengan disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 50 penyokongnya.

Mengenai peluangnya, Tee Keat menjelaskan, beliau tidak mampu menjangkakan sebarang keputusan kerana masih belum mengetahui siapakah bakal pencabarnya.

Beliau juga enggan mengulas mengenai kritikan terhadap kepimpinannya yang dikatakan semakin tidak disokong apabila ramai ahli dan veteran parti itu meminta bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting supaya kembali bertanding bagi menerajui parti tersebut.

Katanya, di sebalik spekulasi itu, beliau juga telah menerima banyak kata-kata semangat yang menyokong kepimpinannya melalui e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook dan ketika beliau menghadiri sebarang majlis.

''Jika itu dijadikan ukuran, saya juga boleh mengatakan saya mempunyai banyak sokongan tetapi saya tidak mahu berkata begitu,'' tegasnya.

Pemilihan semula MCA akan diadakan pada 28 Mac ini dengan 22 Mac pula ditetapkan sebagai tarikh pencalonan.

Ia perlu diadakan apabila 21 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai meletakkan jawatan masing-masing baru-baru ini atas alasan tidak lagi mempercayai kepimpinan parti.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

---------------

Pendapat 
Dato' Sri Ong Tee Keat yang dahulunya sentiasa kelihatan angkuh dan petah berkata-kata, kini lebih rendah diri. Rasanya, kejadian baru-baru ini di MCA telah membantu melahirkan satu insan yang lebih rendah diri dan belajar dari kesalahan.
Ramai bertanya mengapa perlu OTK pertahankan jawatan walaupun sudah kehausan sokongan. Namun, kalaulah OTK tidak letak jawatan, mengapa harus OTK tinggalkan jawatan itu? Yang meletak jawatan pula naik miang nak kembali bertanding!  
Oh ya... perkara yang tidak mampu menewaskan seseorang menjadikannya lebih kuat - hubungan seks CSL juga tidak menewaskan beliau - maksud OTK itu ke?