Saturday, March 13, 2010

Tee Keat pertahan jawatan Presiden MCA

KUALA LUMPUR 13 Mac - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini secara rasmi mengumumkan keputusan untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 28 Mac ini.

Dalam satu sidang akhbar yang dipenuhi petugas media di Wisma MCA di sini, beliau menjelaskan keputusan itu adalah bagi meneruskan pelan transformasi serta perpaduan parti yang telah diusahakannya selama ini.

''Seperti kata pepatah (Inggeris), perkara yang tidak mampu menewaskan seseorang individu akan hanya membuatkan individu itu lebih kuat.

''Banyak lagi kerja yang belum dibereskan dan pasukan saya akan terus mara dalam perjuangan ini.

''Dengan ini, saya mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden MCA demi rakyat dan parti," katanya dengan disambut tepukan gemuruh oleh kira-kira 50 penyokongnya.

Mengenai peluangnya, Tee Keat menjelaskan, beliau tidak mampu menjangkakan sebarang keputusan kerana masih belum mengetahui siapakah bakal pencabarnya.

Beliau juga enggan mengulas mengenai kritikan terhadap kepimpinannya yang dikatakan semakin tidak disokong apabila ramai ahli dan veteran parti itu meminta bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting supaya kembali bertanding bagi menerajui parti tersebut.

Katanya, di sebalik spekulasi itu, beliau juga telah menerima banyak kata-kata semangat yang menyokong kepimpinannya melalui e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), Facebook dan ketika beliau menghadiri sebarang majlis.

''Jika itu dijadikan ukuran, saya juga boleh mengatakan saya mempunyai banyak sokongan tetapi saya tidak mahu berkata begitu,'' tegasnya.

Pemilihan semula MCA akan diadakan pada 28 Mac ini dengan 22 Mac pula ditetapkan sebagai tarikh pencalonan.

Ia perlu diadakan apabila 21 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai meletakkan jawatan masing-masing baru-baru ini atas alasan tidak lagi mempercayai kepimpinan parti.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

---------------

Pendapat 
Dato' Sri Ong Tee Keat yang dahulunya sentiasa kelihatan angkuh dan petah berkata-kata, kini lebih rendah diri. Rasanya, kejadian baru-baru ini di MCA telah membantu melahirkan satu insan yang lebih rendah diri dan belajar dari kesalahan.
Ramai bertanya mengapa perlu OTK pertahankan jawatan walaupun sudah kehausan sokongan. Namun, kalaulah OTK tidak letak jawatan, mengapa harus OTK tinggalkan jawatan itu? Yang meletak jawatan pula naik miang nak kembali bertanding!  
Oh ya... perkara yang tidak mampu menewaskan seseorang menjadikannya lebih kuat - hubungan seks CSL juga tidak menewaskan beliau - maksud OTK itu ke?

No comments:

Post a Comment